Popular Posts

Popular Posts

Tuesday, November 24, 2009

comel


Ala....comelmya dia....anak Ketua Jabatan kami...

MSKSS

PKJR Unit BM@ Rompin

minggu suai kenal

maulidur rasul

maulidur rasul


Guru pelatih unit Bm berarak sempena hari Maulidur Rasul 2009

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul


Kenangan abadi............

menang sepanduk maulidur rasul...


Norita, Rusnani dan Siti Shaliah

Best Friend....


Gambar kenangan bersama Puan Darinda bt Asari
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Maulidur Rasul

Bersama bonda Mariam...

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 2009

.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG Raja Melewar

Unit BM1

Masitah, Kasmah, Ismahwati, Dalila, Azura dan Noorhayati

Cikgu..cikgu...

Unit BM1


Yaakob sedang mewarnakan baton dengan warna merah...
Merahmu bara semangat waja....

Unit BM 1


Sentiasa bersatu hati walau apa jua yang dilakukan..kami sentiasa menyokong rakan-rakan yang lain...gambar kenangan diambil semasa hari warnakan baton...BM1 pilih warna merah..berani menempuh apa jua cabaran.....semangat kami membara...

MSKSS


Malam sekuntum kasih sejambak sayang..
kenangan bersama bonda kami Puan Faiziah bt Shamsuddin & Sharina
Italic

Bonda Mariam


Pasangan Paling Ideal....
Terima kasih kerana puan sudi hadir meraikan
Malam Sekuntum Kasih Sejambak Sayang...25/10/2009
Kami doakan jodoh puan kekal sehingga akhir hayat....

B.I.G


Last day..dapat hadiah...seronok!!

Malam Persembahan


Acara kemuncak..malam persembahan...seronok..walaupun masa latihan agak singkat tapi kami berjaya menggamatkan suasana....semua kumpulan menampilkan lakonan yang mantap gitu. Temanya cerita kelakar P.Ramlee....aku jadi tukang lelong orang..".wow..aku tak sangka jual orang lebih untung dari jual barang...lelong...lelong!!!!"Semua orang aku rasa nak lelong tau...10 dirham 1, 10 dirham 2, 10 dirham 3....lelong...lelong!!1

B.I.G 5


Berehat sekejap di tepi pantai sebelum menempuhi perjalanan yang mencabar..
Depan: Masitah, Che Wan, Habi, Noorhayati dan Nik...
Belakang:David, Irdha, Onie dan Fadli

B.I.G

Dalam hutan tu....penat sangat...berhenti sekejap..depan sekali Habi..orang sabah..
walaupun penat tapi seronok...pengalaman yang indah...

B.I.G

Dalam hutan tu....penat...berhenti sekejap..depan sekali Habi..orang sabah..

B.I.G 3


Jungle Tracking Hutan Rekreasi Tanjung Tuan..penat tapi seronok..dapat tengok air berpusar...tengok rumah api...penat sangat..rasa macam nak menanggis je..kuatkan semangat untuk sampai ke akhir garisan....

B.I.G


KURSUS BINA INSAN GURU..memenatkan tapi best....

B.I.G


Bina Insan Guru diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan..Best kursus ni...macam-macam belajar..water confident, berkayak, jungle tracking, LDK...kenangan BIG \BM1,PJK1,BI1

Tanam pokok 3


Ni nak tanam pokok ke..asyik bergambar je...tapi inilah kenangan kita kan...tanam pokok sama-sama..siram pokok sama-sama..tapi bila berbuah sempat tak kita kutip sama-sama??
Tapi takpe kalau kita tak sempat kutip, adik2 PISMP ada..mereka makan..kita dapat pahala..
Dari kiri: Feri, Fuzah, Roy n Kis

Ketua Unit BM1


Nama: Hassan bin Mahaseng
Asal : Lahad Datu, Sabah
Status: berkahwin, anak baru 1
Seorang yang baik dan prihatin..kadang-kadang naik angin juga dengan anak buah yang tak dengar cakap...biasalah manusia...tapi apa pun aku respect dengan Hassan..Dia seorang ketua yang baik dan sentiasa memberi contoh yang baik kepada anak buah..tidak kedekut ilmu...

Tanam pokok 2


Mari kita hijaukan bumi!!!!!!!
Kita tanam pokok untuk projek Alam Sekitar
Bumi semakin panas...oleh itu kawan-kawan..mari
kita tanam sebanyak mana yang kita mampu...
Gambar:Faridah, Marfuzah, Aravindashan dan Balkhis

Tanam pokok


Menyahut seruan hijaukan bumi...
kami tanam pokok limau kasturi tau...
Harap pokok limau kami tu hidup subur dan memberi hasil...
Ahli kumpulan: Yaakob, Hassan, Che Wan dan Noor Hayati

My besday 2


Kenangan indah yang tak mungkin aku lupakan..meraikan hari lahir bersama teman-teman baru...di IPG Raja Melewar : Yat, Fuzah, Feri, Kis, Muni n Akob

My besday


Sambut Besday bersama teman-teman baru...Faridah, Marfuzah, Balkhis, Yati, Muni, Yaakob, Hassan. Terima kasih kawan-kawanku

Imbas 6


Kenangan bersama tak mugkin dapat dilupakan begitu sahaja..............
Faridah, Dalila dan Ismahwati

Tinggal kenangan


Gambar: Rosbariyah bt Ghazali & Nurmunirah bt Beduman...
Walau di mana kau berada..memori bersama tetap indah untuk dikenang...

Imbas 5


Kenangan Minggu Suai Kenal KPLI ambilan Januari 2009
Gambar Noorhayati bt Alias dan Masitah bt Tamby Chik

Imbas 4

h
Kenangan di Minggu Suai Kenal Pelajar baru KPLI Januari 2009
Tiga jejaka yang menyerikan lagi unit kami...Yaakob, Aravindashan dan Hassan
Semuanya telah berpunyai..masing-masing anak satu..........

Kenangan....


Gambar diambil di Astaka..IPG Raja Melewar
Bersama: Che Wan, Yati Ibrahim, Zaleha, Munirah dan Maheran

Imbas...


Minggu Suai kenal Pelajar KPLI 2009.....
Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar
Kenangan yang tak mungkin dilupakan.. Balkhis, Che Wan, Sharina, Norita, Siti Shaliah n Kak shikin

Imbas kembali 3


Saat-saat pertemuan...minggu suai kenal pelajar KPLI ambilan Januari 2009
Gambar : Nor Ashikin dan Nur Munirah

Imbas kembali 2


Kenangan minggu suai kenal pelajar KPLI ambilan Januari 2009
Gambar Faridah dan Marfuzah

Imbas kembali...


Minggu Orientasi pelajar baru KPLI Ambilan Januari 2009...masa ni tak kenal siapa-siapa lagi..tapi macam ada chemestry je aku dengan Balkhis dan Yati ibrahim....

Tag Pokok


Hari Penyerahan Tag Pokok oleh Puan Hartini..untu subjek Alam Sekitar
Gambar: Noorhayati Alias menerima Tag dari Puan Hartini. Diperhatikan oleh Ketua Unit Hassan Mahaseng dan penyelaras tag..Faridah

Geng Bulat & Lembut

Belakang: Faridah, Marfuzah, Che Wan dan Balkhis
Depan: Noor Hayati

MODEL @ CIKGU...????

Dari kiri: Faridah, Masitah, Dalila, Fatmawati, Ismahwati, Azura, Che Wan,Noor Hayati, Marziah, Noorhayati dan Nor Ashikin.

Kenangan Bersama Tutor

Gambar kenangan bersama tutor kami..En. Rahim bin Ismail dihadapan Balai Kerapatan, IPG Raja Melewar..
Dari kiri: Marziah, Faridah, Marfuzah..En. Rahim...Noor Hayati, Che Wan, Balkhis, Noor Aini dan Fatmawati.

Saat-saat yang mendebarkan.......

Bermula 6 Nov hingga 25 Nov 2009....Dah 3 minggu kami berkursus KISSM...esok tibalah hari yang amat mengujakan..esok kami ada KISSM EXAM...keputusan ni akan menjadi tanda aras kami...adakah kami layak atau tidak menjadi seorang penjawat awam.........esok juga kami akan diberi taklimat posting..ini bermakna kami hanya tinggal beberapa jam lagi untuk bersama sebelum kaki melangkah keluar dari IPG Raja Melewar...rasa sedih sangat tapi petang tadi sempat juga group Che Wan yang terdiri daripada anak dara cun melecun: Yati, Balkhis, Faridah, Shikin dan Marfuzah .... makan-makan dengan Hassan dan Yaakob kat kedai Kelantan, Jln Tunku Kurshiah...makan malam terakhir bersama kalian kot...tapi jauh di sudut hati..aku harap ini bukannya yang terakhir...aku pasti merindui saat-saat ini...aku harap kita akan bersua lagi ...Percayalah kawan-kawanku...bersahabat dengan kalian adalah saat yang terindah dalam hidupku...tak mungkin dapat ku cari ganti kawan yang baik seperti kalian..susah senang bersama, suka dan duka hanya kita yang tahu...kita yang merasakan satu siratan yang mungkin tak bisa dapat diputuskan walaupun gelora dan taufan melanda...hati kita yang tahu....hati kita yang merasainya...terasa berat hati untuk mengucapkan salam akhir namun sahabatku..tabahkanlah hati..perjuangan belum selesai dan kita mesti menghadapinya dengan semangat yang tak berbelah bahagi...di sana ada anak bangsa yang menanti kehadiran kita...di sana ada anak bangsa yang dahagakan ilmu dan di sana ada anak-anak kecil yang meminta kita membelainya dengan kasih dan sayang kita sebagai pendidik...kita mesti bangga dengan pilihan kita...pilihan yang terbaik dalam hidup kita...walau di mana kita berpijak, walau di mana langit kita junjung, hanya satu kupinta..kenangi saat-saat indah ketika bersama....Terima kasih kepada semua sahabat yang selama ini sentiasa bersama denganku...terima kasih kepada pensyarah yang memberi ilmu.........terima kasih....semoga Allah jua yang membalas segala jasa baik kalian...Doa kami kepada bonda tercinta Puan Rosaini Khalid...semoga cepat sembuh...masih ramai yang mengharapkan setitis ilmu dari bonda..tabahkan hati bonda...doa kami pohonkan padamu bonda....kepada semua pensyarah: Bonda Mariam, ayahanda Rahim, terima kasih kerana menjadi tutor kami....jasa dan pengorbanan ayahanda bonda tidak dapat kami balas...hanya doa kami agar kalian sentiasa diberkati Allah selalu....
Buat pensyarah kami: Dr. Khairuddin, En. Azmi, En. Mukhtar, Pn. Faiziah, Pn. Maniseh, Pn.Norhana, Pn. Rafiah, En.Ghazali dan Ketua Jabatan kami...Pn.Hjh. Amanah....TERIMA KASIH...JASAMU DIKENANG...doakan kejayaan kami....

Monday, November 23, 2009

Jamuan Akhir Tahun Bersama BM1

Sahabat yang setia...ceria dalam gundah...walaupun tersenyum tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu..kami meraikan hari-hari terakhir kami di pizza hut. Harap-harap nanti kita akan bersua lagi...depan yang cun tu namanya Shikin...tengah tu..Che Wan...Marfuzah, belakang yang ayu-ayu semua tu nama Balkhis, Yatie dan Faridah...tapi kami dah janji..kami berazam akan berjumpa setiap tahun....ala-ala reunion lah..harap impian jadi kenyataan....senyum sokmo....

Jamuan Akhir Tahun Bersama BM1

Kami meraikan hari-hari terakhir kami bersama unit BM1 di Pizza bersama Bonda tutor kami Puan Mariam. Semua seronok makan Pizza...Terima kasih yang tidak terhingga kerana Bonda Mariam sudi hadir meraikan kami semua. Walaupun kami meraikan majlis perpisahan tapi jauh di sudut hati, kami berharap hubungan ini bukan setakat ini sahaja. Harap kita akan berkumpul di lain masa nanti..Bertuahnya kalau ada di antara rakan-rakan yang sudi menjadi pengantara untuk kita bersatu...wahai kawan-kawan..nanti kita jumpa lagi ye....

Saturday, November 21, 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan


Kenangan pada hari Minggu Bahasa yang diadakan di IPG Raja Melewar... gambar diambil semasa slot Kursus Penulisan Ilmiah di Balai Sidang IPG Raja Melewar. Gambar bersama.. Puan Faiziah, Dr. Khairuddin, Puan Maniseh dan En. Mukhtar.