Popular Posts

Popular Posts

Tuesday, August 18, 2009

Program Bacaan Yassin SKSHK

Selasa, 18 Ogos 2009- Tn. Hj. Abd. Hadi bin Abd. Ghani, (bersongkok) guru besar SKSHK sama-sama turun padang melapah daging lembu untuk majlis bacaan Yassin murid-murid yang akan menduduki UPSR malam ini. Sebelah beliau ialah En. Zainal Abu, GPK KoKurikulum SKSHK.

Monday, August 17, 2009

Derma Darah IPG Raja Melewar

Kempen Derma Darah anjuran KPLI PBSM 2009...Salah seorang penderma....Encik Roslani.
Ramai budak-budak BM yang nak derma darah tapi tak layak..ada yang darah rendah...ada yang tak berdarah..he.. he...Peserta BM1 yang layak dan berjaya derma darah ialah Hassan dan Yati.....tahniah le...

Thursday, August 13, 2009

Pasukan Koir SKSHK

Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks menyanyikan lagu-lagu Patriotik sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan. Penuh bersemangat..


Bulan Kemerdekaan

Guru besar Tn. Hj Abd. Hadi bin Abd. Ghani memukul gong dibantu GPK 1 En. Mohamad Ibrahim bin Yaakob menandakan Bulan Kemerdekaan bermula di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. Pelbagai acara dan program akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Antaranya ialah: Melukis Poster, Mewarna Bendera Jalur Gemilang, Pertandingan Keceriaan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Pertandingan Nyanyian Solo dan Berkumpulan lagu-lagu Patriotik, Kuiz dan juga Pameran sempena Bulan Kemerdekaan. Sepanjang Bulan Kemerdekaan ini, lagu-lagu Patriotik akan didendangkan setiap pagi oleh murid-murid SKSHK. Faedah daripada Bulan Kemerdekaan ini, murid dapat mengetahui pelbagai maklumat mengenai Hari Kemerdekaan...
Merdeka! Merdeka!Merdeka!
1 Malaysia-rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan.

Murid pun nak elak H1N1

Sebahagian murid dari kelas 4 Ibnu Sina terpaksa memakai topeng untuk mengelakkan wabak H1N1.Ramai yang tak hadir sebab demam, batuk, selesema dan sakit tekak. Semuanya kerana H1N1.........marilah sama -sama kita berdoa agar wabak ini cepat berlalu pergi............

Bahana Wabak H1N1

Hari ini separuh anak murid aku tak datang sekolah. Demam, selesema, batuk dan sakit tekak.. semuanya kerana wabak H1N1. Semakin parah dan semakin teruk. Penularan yang begitu cepat dan seolah-olah tidak dapat dikawal lagi. Entah apa nasib yang menunggu masa hadapan. ..semuanya dalam perkiraan Penciptanya. Cuma kami mampu berdoa agar ujian, dugaan dan bencana yang diberikan ini akan berakhir secepatnya..banyak nyawa yang hilang gara-gara H1N1. Keadaan semakin parah tapi tindakan tak relevan...kalau ikutkan..sepatutnya dah boleh isytihar darurat..duduk dalam rumah dan jangan berada di tempat yang ramai orang..sama ada di bandar atau tempat-tempat perhimpunan. semua takut..semua cemas...semua panik...tapi masih ada ibu-bapa yang tidak hiraukan wabak ini..bagi mereka ia tidak merbahaya dan tak mungkin datang ke Felda ni tapi mereka silap...wabak tu merebak lebih laju dari yang kita sangkakan...

Praktikum Pantau

Hari ini 12.45 tengahari kami dikejutkan dengan kehadiran pensyarah dari Unit Praktikum..hati dah kecut..dah tak boleh nak buat dah... jadi kami pasrah....sampai mintak Ustaz Ibrahim baca doa lah..moga-moga tak adalah fail yang melayang...hati dah tak keruan... apalagi ..sentuh ini tak jadi..sentuh yang itu pun tak jadi...habis nak buat macama mana..kami semua pasrah dan pasrah...sebaik sahaja tengok kelibat En. Sufian dari Unit Praktikum tu...

Di dalam bilik kerapatan kami cuba bertenang..aku tahu aku ada buat silap sebenarnya..refleksi aku tak lengkap...nasib baik apa yang dia nak tengok tu ada..tambah lagi En. sufian ni nampak ok je..boleh sembang dan ketawa bersama kami.kira ok lah tu...
tapi Alhamdulillah semua ok...kami puji sekolah ni kat En. Sufian ni..bukan saja-saja nak kipas... tapi kami ikhlas sebab sekolah ni terbaik..cikgu-cikgu baik..guru besar baik...GPK baik. ..kakitangan semua ramah...kemudahan banyak..dan yang penting guru pembimbing kami, memang baik lah..

Cuma sedikit je kami komen..ada masalah air je di sini....kadang-kadang ada..kadang-kadang air takde..mula-mula kami datang air seminggu takde..kami mandi kat sekolah...fuh ..hebat dugaan kami di sini..basuh baju kat masjid Bandar Baru...tapi sekarang ni oklah..sebab rumah kami dah ada tong..kami dah simpan air..kalau tengok pada sudut positif..kami berterima kasih juga kerana kami dapat belajar berjimat dan berhemat semasa menggunakan air...

Apa-apa pun kami suka praktikum di sini dan berharap kami semua mencipta kecemerlangan bermula di sekolah ini......terima kasih SKSHK.

Semakin suka.............

Baru dua hari aku berjaya menghasilkan blog aku sendiri ..seronoknya kerana aku menghasilkannya tanpa bantuan sesiapa pun sekadar dari tengok cara dari blog orang lain sahaja. Ini hasil yang aku benar-benar rasa teruja. Bukan apa..aku suka sebab aku yang buat sendiri..kalau nak diikutkan orang lain dah banyak blog..tapi aku ketinggalan sikit dalam dunia IT ni..Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi peluang untuk menikmati satu lagi ilmu baru dalam mengejar cita-cita.
Sebenarnya aku dah lama nak menghasilkan blog ni tapi aku tak tahu. Nasib baik suamiku beli broadband ni, boleh jugak aku buka internet..tengok mana yang patut. Sejak aku menjejak kaki ke Felda Serting Hilir ni, internetlah sahabat aku...bosannya Allah sahaja yang tahu..rumah aku bukannya ada TV pun..nasib baik ada internet boleh juga tahu perkembangan dunia..apalagi sekarang orang heboh pasal wabak H1N1 tu...tahulah sikit maklumat..
Sekolah yang aku buat praktikum ni pun bagus jugak.Ada internet. apalagi hari-hari aku duduk je dalam makmal komputer..boleh cari bahan untuk murid-murid aku tu..diorang suka kalau aku pakai ICT...walau sebenarnya aku kurang mahir ICT tapi sebenarnya bagus jadi cikgu..kena belajar semua perkara dan kena tahu semua benda..baru murid respect kat cikgu..
Aku masih ingat lagi masa zaman aku di sekolah rendah dulu. Nama cikgu aku tu Cikgu Suzana, cantik orangnya, putih melepak kulitnya. Dia ajar aku matapelajaran sains. tapi dia juga ajar aku PBSM, dia juga ajar aku main Hoki...aku respect sangat....dalam hati aku..baguslah cikgu ni semua tahu..tak ada yang tak tahu..tapi bila aku jadi cikgu baru aku tahu, cikgu memang kena tahu semuanya. Terima kasih wahai guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar aku...tanpa ilmu yang cikgu curahkan aku tak mungkin menjadi aku sekarang.
Guru Di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, Terengganu
Terima kasih cikgu Fatimah Hashim -Cikgu masa aku darjah 1(aku masih ingat)
Terima kasih cikgu Suzana
Terima kasih cikgu Zainun Samat - Cikgu masa darjah 6
Terima kasih cikgu Ramlah abu
Terima kasih Cikgu Salim
Terima kasih Cikgu Zaleha- Arwah
Terima kasih Cikgu Rozita
Terima Kasih Cikgu Sidik
Terima kasih Cikgu Nasir
Terima Kasih Cikgu Darus
Terima Kasih Ustazah Rohani ( garang tapi aku suka)
Guru di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun, Terengganu
Terima kasih Ustazah Rahimah
Terima kasih Cikgu Raja Narma (cikgu yang paling saya sayang-ajar masa tingkatan 4,5,6)
Terima kasih Cikgu Wan Hindun
Terima kasih Ustazah Fatimah (Arwah)
Terima kasih Ustaz Rozi ( sekarang dah jadi pegawai agama di Kuala Terengganu)
Terima Kasih Ustazah Wan Fatimah (ustazah Fetty)
Terima kasih Ustazah Zainabon
Terima kasih Ustazah Wan Faridah
Terima kasih Cikgu Zaleha ( saya sangat suka cikgu ajar BM masa tingkatan 6)
Terima kasih Cikgu Suraya ( sekarang ni menderita breast canser)
Terima kasih Cikgu Yusof
Terima kasih Ustaz Din
Terima kasih Ustaz Fadli
Terima kasih Ustaz Dolah
Terima Kasih Cikgu Noraini ( Cikgu PBSM)
Terima kasih Cikgu Faezah
Terima kasih Ustazah Kalthom
Terima kasih Cikgu Roni
Terima kasih Tuan Pengetua
Ustaz Abu Bakar dan semua yang telah menjadi cikgu kepada saya...
Kepada semua guruku..terima kasih atas ilmu yang kalian berikan...halalkan ilmu cikgu dan saya ingin jadi macam cikgu..kepada guruku yang telah meninggal dunia, al-Fatihah dan buat Cikgu Suraya (breast canser).Tabahkan hati cikgu dalam menempuhi dugaan dari Allah.

Harga Sebuah Persahabatan

Bukan seringgit harganya
Bukan sepuluh dinar harganya
Bukan seratus dolar harganya
Ternyata tidak terhingga harganya
Ternyata tidak terhitung nilainya

Bukan mudah mencipta rasa
Bukan mudah mencipta jiwa
Bukan mudah mencipta cinta
Bukan mudah mencipta gelora
Kalau bukan atas nama persahabatan.


aynurhafizan
BS Jempol

Bukan senang nak jadi cikgu

Kan dah cakap..nak jadi cikgu bukan senang...kena tahu semua hal...termasuklah nak jadi "pompong girl" ni...kalau tak tahu pasti tak jadi nak nyanyi tengah padang beri semangat pada rakan yang sedang berjuang untuk rumah sukan masing-masing. Kenangan indah semasa mengadakan Hari Sukan IPGMK Raja Melewar.

Cikgu kena sembelih ayam???

Nak jadi cikgu ni bukan senang....semua kena tahu..sampai sembelih ayam pun kena tahu..rakan kami ketika sembelih ayam. Ismahwati, Dalila dan Mohd Faiz. Jangan terkejut, ada rakan kami yang menaggis tengok ayam kena sembelih. Pelik! Pelik! Ayam Goreng KFC tu makan pulak!!!

Bapa angkat kami..

Gambar kenangan bersama ayah angkat. En. Ibrahim. Terima kasih atas layanan baik ayahanda dan bonda sekeluarga. Jasa baik ayahbonda tidak mungkin kami lupakan.

Persembahan BONGAI

Malam Persembahan Bongai...Tengoklah kami buat persembahan. Meriah sangat. Kami dari negeri berlainan tetapi bila buat persembahan kami kena gunakan loghat Negeri Sembilan. Bayangkan Hassan dari Sabah, Balkhis dan Marfuzah dari Kedah, Faridah dan Amar dari Perak, Yati dari Johor, Mashitah dari Melaka, aku pula dari Terengganu. Berbelit lidah kami dibuatnya...tersasul usah cakaplah...tapi paling seronok bila Balkhis dan Aravin menyanyi tiba-tiba ada muzik keluar..tak kena langsung dengan melodi..malunya tapi kami selamba..teruskan sahaja...walaupun kami dapat tempat keempat dari empat pasukan yang bertanding kami bangga juga sebab gambar persembahan kami masuk surat khabar Sinar tau...aku simpan keratan akhbar tu..kenangan yang tak mungkin dilupakan.

Tarik Upih

Tarik! Tarik! Tarik..Fuh beratnya kawan aku ni...tak terdaya dibuatnya..tapi aku berjaya jua menariknya sampai ke garisan penamat..tahniah untuk aku....zaman kanak-kanak dulu pernah juga main tarik upih ni..seronok sangat masa tu...budak-budak tahu main je..tak ada masalah nak fikir...Cepatnya masa berlalu....tatkala terkenang zaman kanak-kanak...aku tersenyum sendiri...

Boling Nyior

Acara Boling Kelapa...Fuh, nampak macam handal tetapi baling kelapa pun tak kena! Kumpulan kami tak menang dalam acara ini tetapi tidak mengapa kerana acara lain kami tetap juara...
Apa yang penting..KERJASAMA!

Pensyarah BM

Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Melayu tidak melepaskan peluang mengemping padi. Pengarah, Puan Asmah binti Yahya (berbaju Ungu) pun turut serta. Seronok. Pensyarah pembimbing saya, En Abd. Rahim Ismail tersenyum di belakang bersama En. Ghazali.

Mengemping

Pertama kali kenal alat mengemping padi dan cara-cara mengemping padi..Seronoknya dapat pengalaman baru. aku berpeluang menggoreng padi sedang kawan-kawan yang lain menuggu pada alat pengemping untuk mengemping padi yang digoreng. Semuanya kena cepat dan betul kalau tidak emping tak jadi..emping ni pulak dimakan bersama kelapa muda yang diparut dicampur sedikit gula. Sedap..cuba sekali pasti nak lagi.(promosi percuma)
Semua ahli kumpulan bersatu padu membuat emping padi..Kumpulan kami dapat Nombor 2.

Kumpulan Kami

Kumpulan kami terdiri daripada: Hassan, Aravin, Balkhis, Faridah, Marfuzah, Masitah, Jamnatul Amar, Noor Hayati dan Kak Shikin..Gempak Habis Beb..
Kumpulan kami banyak juga mengaut hadiah...seronok dapat ahli kumpulan yang satu kepala..semua perkara jadi gila-gila..terlupa sekejap status bakal guru bila menjerit kat padang...
Tahniah kawan-kawan..
"BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH"

Sesi Ceramah

Sempat lagi kami bergambar....sebenarnya pada waktu ini kami sedang kemaskan ruang untuk bersidang bersama Datuk Khalid Bongek..penceramah yang dijemput khas untuk menyampaikan asal-usul dan adat perpatih yang diamalkan oleh kebanyakan orang Negeri sembilan.
Bersama teman seperjuangan: Arvin, Hassan, Yaakob, Marziah, Balkhis, Marfuzah, Zaleha, Noor Hayati, Roslilawati dan Faridah.

Di Teratak Za'ba


Memahat memori di Anjung Teratak Zaaba di Batu Kikir, Jempol.
Kenangan Indah bersama pensyarah Pengajian Bahasa Melayu semasa kami singgah melawat teratak Pendeta Zaaba semasa dalam perjalanan kami ke Kampong Lonek. Sedikit kecewa kerana kami tidak berpeluang melangkah masuk ke dalam teratak kerana kami sampai masa rehat petugas di sana jadi rumah berkunci. Nasib baiklah ada saudara yang berniaga di sebelahnya tolong buka pagar untuk kami masuk. Terima Kasih kerana bagi kami peluang menyentuh rumah ini walaupun kami tak berpeluang menjengah masuk ke dalamnya..InsyaAllah ada masa kelapangan saya akan datang lagi..

Di Muzium Seri Menanti

Dalam perjalanan kami ke Kampong Lonek, kami singgah di Muzium Istana Seri Menanti untuk melihat sendiri kenangan dan bahan pameran yang ada di sana. Kami rasa amat bertuah kerana kehadiran kami disambut dengan tarian tradisi oleh penari-penari Muzium. Paling menarik ialah kami boleh melihat semua baha pameran dan pegawai muzium bertugas memberi penerangan yang lengkap. Kami sempat bergambar dengan penari Muzium sambil rakan yang lain menjengah bahagian dalam muzium tersebut.

Bersama YB Shamsul Kahar



Bergambar kenangan dengan YB Shamsul Kahar (ADUN SERTING) ketika kami Berjejak Budaya 2 di Kampong Lonek, Jempol. Program tersebut disertai oleh semua pensyarah Pengajian Bahasa Melayu dan semua unit BM KPLI 2009. program 3 hari 2 malam ini sangat menarik dan kami didedahkan dengan budaya masyarakat Negeri Sembilan. Menarik dan seronok.

Cikgu main Boling!!!



Jom Tournement Bowling KPLI 2009

Pasukan BM yang hebat..walaupun tak menang tapi kami tetap hebat..sebab sama-sama sertai dan berani mencuba..masuk longkang..masuk longkang lah..tapi kami tetap menang sorak!!!!!

Tahniah Yati Sabah, menang kategori individu

Wednesday, August 12, 2009

SK Serting Hilir Kompleks


SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR KOMPLEKS. 72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN. Sekolah tempat aku dan Yati buat praktikum. Seronok praktikum di sekolah ni. Guru Besar; Tn Hj Abd. Hadi bin Abd. Ghani seorang sangat baik dan amat memahami. Sekolah ni cantik dan semua cikgu pun baik hati dan berbudi. Paling best Guru Pembimbing. En Mohd Yatim Marjiko. Rupanya dia tu seorang Penulis Buku..nama penanya MYA MARJA. Cubalah tengok Blog dia..Fuh..penuh dengan Falsafah dengan bahasa yang indah. AKu kagum betul dengan Cikgu Yatim ni. Kat sekolah nampak humble tapi sebenarnya dia tu banyak ilmu. Tak pernah aku tengok dia jalan kosong..mesti ada buku kat tangan dia..ni lah contoh guru yang baik..banyak membaca dan membudayakan membaca. Aku yakin dia mesti akan terkenal suatu hari nanti dengan buku yang dihasilkan. Cuba baca buku hasil nukilan dia bertajuk GURU ARKITEK BANGSA. dari tajuk pun nampak Cikgu Yatim ni berwawasan kan..
kalau diteliti memang benar pun..kita sebagai guru yang merekabentuk murid-murid..guru segalanya bagi murid..baik guru, baiklah murid..tu falsafah guru aku masa sekolah rendah dulu..dan aku yakin dengan falsafah itu..Guru Penolong Kanan, En Mohamad Ibrahim bin Yaakob..sekali tengok...kecut jugak tapi bila dah bercakap dengan beliau sebenarnya banyak pengalaman beliau ni..kat sekolah tu duduk atas bangku beliau lah yang cadangkan. Katanya murid boleh dikawal kalau duduk gunakan bangku..memang betulpun..aku tengok murid tak lah resah gelisah sangat. InsyaAllah kalau posting nanti, kat sekolah tu tak pakai teknik ni, aku akan suarakan..benda yang elok...kita buat..pahalanya berpanjangan buat Cikgu Mad. Pn. Rosnani GPK Hem..orang pertama aku jumpa masa datang. Ramah dan baik hati...dari situ aku tahu sekolah ni yang terbaik untukku praktikum. Walaupun jauh dari kawan-kawan yang..(agaknya aku dan yati je tercampak ke Felda ni) tapi aku puas hati kerana semuanya baik dan menyenangkan hati.Jauh takpe janji tak tension.Terima kasih kepada unit praktikum yang ambil sekolah ni. Aku cadangkan sekolah berada di senarai teratas Unit Praktikum untuk guru pelatih.

Jiwa Yang Kosong

Adakalanya jiwa ini kosong
Adakalanya hati ini hanyut
Oleh keadaan dan masa
Bagai terbuai melayang sukma
Sedang ada sesuatu menanti hakiki

Bagaimana hati ini bisa
mengizin ruang alpa
bertandang di sudut kalbu
walau mengerti ada sesuatu
menunggu di jendela sana

Pulang ke pangkal jalan
Pulang pada yang Hak
Pulang pada yang benar
Pulang pada yang mencipta
Pulang padaNya.................

Aynurhafizan
SK. Serting Hilir Kompleks
Bandar Seri Jempol
13/8/2009

AJK Hadiah PLBM 2009

Ahli Jawatankuasa Hadiah Pendidikan Luar Unit BM bawah Jabatan Pendidikan Jasmani. Tension betul dengan jawatankuasa ni..kami dipermainkan macam-macam..jangan ingat AJK hadiah tak tension. Boleh terima tak bila kami tanya macam mana dengan hadiah pada pensyarah kami..dia boleh jawab " berdoalah. berdoalah semoga esok ada hadiah," dan pernah sekali tu bila kami tanya lagi dia cakap " solat hajat semoga ada lah hadiah..tension kami dibuatnya. Tapi Alhamdulilah objektif unit Pj nak bagi kami kuat semangat dan tempuhi setiap tekanan dan cabaran itu kira berjaya...Perkhemahan Paling Seronok dan memenatkan bersama PL ni..walaupun sebelum pergi macam-macam dugaan kami terima. Kertas kerja kena reject, kena maki, kena buat itu, kena buat ini...Fuhh..kata orang kalau ikut hati yang tak sabar..boleh jadi sasau..tapi kami tetap bersabar..satu-satunya perkhemahan yang membuatkan GENG BULAT & LEMBUT tak tidur satu malam dan tak sempat nak makan...tapi kami bersyukur dari perkhemahan tersebut hubungan kami sesama ahli unit BM terus terjalin erat..semoga silaturrahim yang kita jalinkan ini kekal selamanya..dihati dan dalam kenangan kita semua..satu-satunya aktiviti lasak yang memberi kita peluang untuk mengenali siapa kawan dan lawan kita..siapa yang sanggup bersusah payah bersama ...terima kasih kalian kerana sentiasa berada di sisiku ketika susah senang..kalian semua sahabat yang baik..semoga Allah jua yang membalas segala jasa baik kalian..

Unit BM 1 (PL 2009)


Sesi Fotografi untuk Pendidikan Luar : Unit BM 1:
Masitah, Faridah, Noor Aini, Noor Hayati, Nor Azura, Hasnita, Ismahwati, Wan, Dalila, Jamnatul Amar, Marziah, Nor Ashikin, Kasmah, Noorhayati, Aravindashan, Yaakob, Hassan, Fatmawati dan Balkhis.
Aku harap semua akan cemerlang dan tak kan lupakan antara satu sama lain. Sentiasa berhubungan hendaknya. Nanti kawan-kawan..jenguklah blog aku ni...kenangan bersama tidak mudah luput dari ingatan. Kalian semua sahabat yang baik..sebab Cikgu kena jadi Baik..baru Murid jadi Baik...kan..kan...

PBSM


21-24/4/2009 Perkhemahan Asas Bulan Sabit Merah Zon Selatan di Kem Saujana, Asahan, Melaka. Sebanyak 4 IPGM Zon Selatan yang terlibat. Raja Melewar paling menyerlah. Tahniah!!
Bersama sebahagian peserta perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia , IPGMK Raja Melewar, Seremban.

Maulidur Rasul

6/5/2009- Perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar, Seremban. Seramai 40 guru pelatih KPLI Unit Bahasa Melayu (ambilan Januari 2009) menyertai perarakan yang bermula dari Dataran Melewar berakhir di Balai Islam IPGMK Raja Melewar.

Kursus Integriti

Kenangan kami semasa sehari berkursus Integriti di Park Royal Bintang, Seremban pada 7/5/2009. Semua wajib hadir..Guru mesti sentiasa berintegriti..menyemai pekerti mulia dan membakar semangat dijiwa demi anak bangsa... dari belakang: Kak Shikin, Faridah Zaleha, Noor Hayati, Marfuzah
Duduk di hadapan: Sharina, Balkhis & Wan

"KAMI BANGGA MENJADI GURU"

Saja lepak!!

Kami berada di depan Balai Kerapatan.
Biasalah waktu break ni biasanya kami pergi cafe tapi hari ni kami lepak depan balai kerapatan je..Penat nak jalan..Bersama Faridah dan Marfuzah (sebahagian dari Geng Bulat & Lembut)

Cikgu dan Assingment



Cikgu! Cikugu!

Mana-mana pun boleh buat assingment...kami kat padang astaka..apalagi..buat assingment yang tak pernah habis. Sibuk...Yati sempat lagi 'peace'. Faridah serius sangat kau sedut assingment...

kenangan bersama kalian tak mungkin aku lupakan..

Segalanya bermula di IPRM....

KPLI 2009 menemukan kita....

Cikgu dan Boling




Wakil pasukan BM ke tournement bowling KPLI 2009. Walaupun tak menang tapi kami menang sorak tau.. dari kiri: Noor Aini, Masitah, Marziah, kasmah, Noorhayati dan Kak Shikin..mana yang lain lagi????? cari bola kot!

Ulu Bendul



Kenangan di Ulu Bendul, Kuala Pilah-20 Jun 2009. Sekadar melepaskan tension. Maklum lah sehari sebelumnya kami buat "macroteaching" kat IPGMK Raja Melewar. Semua kepala dah benggang..apa lagi terjun dalam air je le. Seronoknya..cikgu-cikgu ni main air kan....entah bila lagi dapat peluang macam ni. Kawan-kawanku...Kak Shikin, Marfuzah, Balkhis, Faridah dan Noor Hayati...kalian semua tetap dalam doa dan kenanganku...aku sentiasa harapkan ikatan yang terjalin tidak terputus begitu sahaja..moga hingga ke hujung hayat..susah senang kita di IPGMK Raja Melewar hanya kita yang tahu...Kitalah orang paling sibuk kot atau buat-buat sibuk...paling banyak buat keje kan...tak apa..selagi orang percaya pada kemampuan kita..kita usahakan mana yang mampu..janji kita laksanakan apa yang diamanahkan. Semoga kalian semua cemerlang!!!!!!

Sajak...

Keresahan dan nikmatnya

Pernah dahulu aku terbuai cinta
Kerana buta aku lalui jua
Walau ku tahu derita tercipta untukku
Namun hati menggelap
Terus terlena dibuai janji palsu

Hidup resah tak sudah
bagai ada sesuatu yang menyinggah
membisik untuk memutuskan
sebuah ikatan penuh dusta
lahir dari hati yang nista

Siapa sangka
Siapa menduga
Siapa terpana
akhirnya terlerai jua
ikatan rapuh yang menanti putus

aynurhafizan
Bandar Seri Jempol
12/08/2009

Diari SKSHK

Sudah 8 minggu aku praktikum di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks ni. Huh banyak keje yang perlu aku siapkan. Penat usah dicakap. Tidak cukup tidur, balik lambat namun demi anak bangsa tercinta aku sanggup menghadapi cabaran ini.
Sememangnya aku tak pernah menduga aku akan dihantar ke kawasan yang aku rasa sangat jauh dari dunia aku. tapi inilah hakikatnya. Tidak semua impian dalam genggaman kita. Aku pasrah dan terima segalanya. Demi cita dan cinta ini, aku sanggup berkorban berjauhan dari suami tercinta demi tuntutan dan amanah yang terpikul dibahuku.
Sekian lama mengharap kini impian dalam genggaman. Bersinar untuk terus kugilapkan sehingga menjadi sebutir permata indah biarpun tersorok di pedalaman hati. Siapa tahu rezeki yang bakal terhidang di depan mata. Semuanya ketentuan yang Esa. Telah dimakrifatkan sekian lama sejak azali bagaimana perjalanan hidup umatnya. Kita pasrah menerima takdir dariNya.

Permata Delima Hatiku

Aku abadikan ruangan ini untuk rakan-rakan yang mengenaliku....Semoga kalian sentiasa mengingatiku walau di mana jua kalian berada...Kupahatkan lakaran kenangan kita semasa bersama-sama mencari setitis ilmu di bumi IPGMK Raja Melewar..dari mana kita datang...bukan persoalannya tetapi di sini kita bertemu.... segalanya bermula di sini...kita simpul tali persahabatan kita leraikan rasa dendam..kerana di sini kita sama...manusia yang dahagakan ilmu untuk dicurahkan pada anak bangsa kita...kita sama dan serupa...mencedok dari perigi yang sama..menabur benih pada tanah yang sama...anak-anak bangsa kita...abadikan kenangan kita....