Popular Posts

Popular Posts

Friday, March 26, 2010

Waktu itu

Detik waktu itu
tetap berlabuh
tidak tertangguh
walau sekejap cuma
walau tiada menyedari
atau kita sekadar alpa
ia tetap pergi
meninggalkan kita
yang terdamparkaku atau
bergerak laju seiring waktu..
walau apa jua
ia tetap pergi kerana ia
hakikat alam
yang tak mungkin kita halang

Rindunya..nak menulis blog

Salam kawan-kawan..
Sudah lama rasanya tidak menulis blog ni..rindu nak menatapinya tapi nak buat macam mana...masa tidak mengizinkan...banyak kekangan dan ada pula komitmen yang harus didahulukan... tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menulis cerita baru sebagai renungan dan tatapan kawan2 sekalian.....InsyaAllah masa yang Allah sediakan 24 jam untuk kita cukup cuma kita perlu berusaha membahagikan masa sebaik mungkin...kalau nak ikutkan kerja..sampai bila2 pun takkan habis...ada sahaja agenda baru yang tiba..sedangkan yang sedia ada tetap menanti...namun orang yang berjaya adalah apabila menghargai dan menggunakan masa sebaiknya...."Demi masa.."