Popular Posts

Popular Posts

Sunday, February 7, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Minggu depan kita cuti panjang sempena tahun baru cina..aku kat sekolah adalah guru 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) sekolah..dah jadi cikgu sekolah cina....jadi GB kata tanggungjawab aku kena hiaskan sekolah dengan tanglungnya, kain merahnya, buah nenas, kertas kaligrafi cina dan macam-macam...dua minggu dah sekolah aku pasang tanglung dan lampu merah..meriah kalu pagi2 dalm kul 7 tu merah je nampak....sepanjang masa, time ajar Pendidikan Seni aku suruh budak lukis tarian naga, tanglung, buah limau dan macam2 yang berkaitan dengan perayaan tu..aku terfikir jugak nanti bila nak sambut raya macam mana aku nak hias....reti ke anak cina tu tengok ketupat ke contonya...budak melayu tak ramai adalah dalam 20 orang lebih....aku tak pasti...cikgu melayu 3 orang je sorang ustazah, sorang cikgu pemulihan dan aku ler..cikgu BM...susah nak berkomunikasi dengan anak cina ni ..nak kata tak faham...adakalanya diorang ni faham tapi buat2 tak faham.paling aku angin dengan budak darjah 6...dah lah tak tahu sangat membaca BM tapi bila aku suruh buat tak tahu je pastu kelas tak leh nak kawal..bising...satu kelas 47 orang..bayangkan...bising macam pasar borong...aku dah beberapa kali kantoi dengan GB cikgu perempuan)..GB tu rotan je..aku paling takut tengok dia merotan..kalau dia rotan budak aku rasa macam sakit kat aku pulak....dan sekolah tu memang budaya rotan.boleh katakan sorang guru bukan ada satu je rotan malah ada yang sampai 3,4 rotan ada..aku pun sama..2 minggu pertama aku tak bawa rotan, budak tak takut tapi ada satu hari aku bawa rotan masuk kelas darjah 2 automatik kelas diam...nak tak nak aku rotan je budak yang bising...rotan aku hancur budak sebat budak tau tapi sebat meja..nak marah aku sebat meja...tapi kalau tak tahan sangat aku sebat juga tapi untuk mendidik je niat aku tu...

No comments:

Post a Comment